Friday 17 January 2020

Al-Baqarah196

Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 196:
 
Ringkasan tafsir;
Ayat ini menerangkan supaya menunaikan rukun haji dan umrah dengan sempurna, wajib dan sunat haji hendaklah menggunakan dari hasil perbelanjaan yang halal bagi tujuan menunaikan haji dan umrah, dan bukanlah bertujuan untuk berniaga dan lain-lain pada masa mengerjakan haji dan umrah. Menunaikan haji adalah wajib sekurangnya sekali seumur hidup. 

Sekiranya semasa menunaikan haji telah terkepung atau terhalang oleh bahaya maka hendaklah tahalul (menanggalkan pakaian ihram), dan hendaklah sembelih sekurangnya seekor kambing atau sebaiknya lembu/unta. Binatang itu hendaklah disembih dan memberi makan kepada orang meskin dikawasan itu. Selepas itu hendaklah bercukur, hendaklah bayar fidyah (dam) jika terpaksa bercukur dalam keadaan masih ihram;
.
Ada tiga pilihan untuk bayar fidyah;
1. Puasa tiga hari di Mekah dan 7 hari dikampung halaman.
2. Memberi makan  6 orang meskin (3 gantang beras).

3. Sembelih seekor unta atau sekurangnya seekor kambing. 


.

 

[Previous] [Next]
,
"

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  191~200,
[GS] https://t.co/P5rlJJKJZG
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  

Pautan,
[G+] https://plus.google.com/100694682230569714668/posts/VbGANJCr4r4

Al-Baqarah195

Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 195:
Ringkasan tafsir;
Hendaklah kamu belanja harta pada jalan Allah dan jangan kamu terjerumus dalam kebinasaan, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebiakan.
Disini bagi maksud “membelanjakan harta dijalan Allah” ialah berbelanja untuk menunai haji, umrah, menghubung tali silaturrahim, berderma, berjihad, mempersiapkan kelengkapan perang, menyiapkan kelengkapan diri dan ahli keluarga dan lain-lain yang merupakan berbakti kepada Allah.

Adapun bagi maksud “jangan mencebur terjerumus dalam kebinasaan” ialah jangan berbelanja melampau dan membazir, jangan mengeluarkan belanja hingga melemah dan memudaradkan tenaga semasa persiapan berjihad,


 


Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  191~200,
[GS] https://t.co/P5rlJJKJZG
Ulasan Surah 2;
[GS] 
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/100694682230569714668/posts/L5xABDAyvab
.

via,
najid.kausar2@yahoo.com
 (recover, tbs_cheras@yahoo.com).
(alt, tbsegar@email.com)